Jumaat, 19 Julai 2013

cerita saya

Dia hilang tanpa aku sedari,perlahan-lahan dia pergi dari ku...dia yang pernah menghilangkan rasa kesedihan di jiwa..tetapi malang kesakitan yang pernah kurasai ini datang kembali.. Mengapa aku harus merasai semua ini. Aku tidak mahu rasa kesakitan ini lagi.. Luka yang ada di hati hilang sedikit demi sedikit. Aku cuba untuk hidup seperti dulu tapi kenangan lalu tidak boleh ku lupa,tambahan pula setiap hari aku harus menghadapnya. ...~ Aku pergi seketika untuk menenangkan fikiran yang sentiasa berserabut akibat kerja yang terlalu banyak. Tak tahan aku melayan karenah kawan-kawan ku..biasalah orang bujang.Percutian ini sedikit sebanyak dapat mengeratkan balik persahabatan kami semua. Kami pergi berjalan-jalan di sekitar Kota Kinabalu. Kami singgah di satu kedai yang menarik perhatian kami. Mata aku tertumpu pada satu kelibat yang menarik pandangan aku dari kedai itu,kelibat itu seperti seseorang yang aku kenal. Perasaan ingin tahu aku itu membuak-buak,aku ingin tahu siapa yang aku lihat tadi,adakah dia orang yang aku pernah kenali dulu ? Tidak mengapa masih ada masa untuk tahu siapa dia...

(inilah ceritaku. Cerita ini tiada kena mengena dengan hidup reality aku sekarang hehehe hanya rekaan semata-mata) (untuk mengelak dari kebosanan)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan